Tuesday, 12 July 2016

I.N.D.A.H

INDAH, bila di sebut tentu saja kita akan terbayang segala yang indah yang cantik yang mendamaikan. Bagi saya, saya sangat suka pada keindahan. Saya suka pada keindahan alam, dan saya juga sebenarnya adore kepada wanita yang cantik (saya bukan lesbian), lelaki tu of course la kan (ehemmm abisla kena ketuk ngn Mr. S nanti) tapi pandang sekejap je la takde la sampai tenung tak lepas. Katanya sekilas itu rezeki selepas itu pikir sendiri. Tapi benar ke istilah ini? Kita pun x taw. Guna jela selagi boleh diterima.

Sbb untuk suka pada keindahan? Tiada sebab yang boleh diungkap cuma cukup dengan satu penjelasan, kerana  Allah itu Maha Indah.  Jadinya memang lumrah dan fitrah kejadian manusia itu, kita suka akan yang cantik2 belaka.

Bercerita mengenai INDAH mengimbau saya pada satu pengalaman yang dipupuk dari hobi saya. It was 3 years ago, and this consider as my very best experience that I ever had. Diizinkan Allah untuk saya menapak kan kaki ini melangkah sehingga ke puncak Gunung Pulag yang terletak di Selatan Philippines. Sungguh saya sangat takjub dengan pemandangan di sana. SubhanAllah! Kebesaran Allah itu sangat luas. Jika lihat pada Header saya ini, itu la gmbaran sebenar pemandangan di puncak Gunung Pulag.

Ya benar, saya suka hiking tapi tujuan utama saya hiking untuk hirup udara segar. Jika saya hiking saya suka santai, instead of berlumba lumba sampai ke Puncak. Masa tu la baru kita akan jumpa bermacam kehidupan hutan yang jarang untuk kita jumpa di Bandar. Kadang tu langsung tak pernah jumpa pun di Bandar ya dok?

Selain itu, langsung tidak terpikir dibenak fikiran saya, apabila makanan juga melambangkan sesuatu yang indah. Tetapi dan hakikatnya makanan juga adalah salah satu medium untuk INDAH. Indah dan nikmat itu kan sinonim. ‘Nikmat nya hidup kalau hari-hari dapat makan makanan yang sedap dan mewah.’ Cuba tukarkan perkataan “nikmat” itu kepada “Indah” maksudnya lebih kurangkan. Teringat saya pada petikan ayat di dalam buku La Tahzan penulisan Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Anda perlu Indah supaya anda dapat melihat keindahan alam, begitu juga “wewangian makanan yang menyelerakan dan pemandangan yang cantik akan mendatangkan kebahagian dan keriangan dalam jiwa”. Jadi, no wonder la kalau ada orang itu dirudung masalah, mereka lebih prefer untuk makan especially coklat dan aiskrim. Waaa sedapnya!! Terliuq kita..

Itu saja la definisi Indah bagi saya.

Salam XOXO

No comments:

Post a Comment