Sunday, 26 June 2016

English dan Saya


Tengok pada tajuk sudah menjelaskan apa cerita saya kali ini.  Saya cerita sedikit pasal bahasa antarabangsa ini dan boleh dikira bahasa kedua kita selepas bahasa ibunda kita bahasa Melayu.

Di kalangan keluarga saya adalah yang paling lemah dalam pertuturan bahasa Inggeris, sebabnya saya dibesar di kampung. Facilities untuk pembelajaran Inggeris sangat minimum. Hakikatnya saya sangat gemarkan Inggeris.

Saya ingat lagi, ketika itu saya  baru darjah enam dimana saya akan menghadapi peperiksaan UPSR bg menentukan sekolah menengah saya nnti. Jadi nya tenaga pengajar untuk subjek Inggeris ini sangatla limited. Jadi untuk memastikan skor yang terbaik saya belajar menggunakan TV. Saya bukak apa2 channel yang bersiaran menggunakan bahasa Inggeris. Masa tu rasa saya, saya suka channel National Geographic. Maklumla kat situ ada byk cerita mengenai binatang. Atok ngn makwan asyik marah je, yela kita kan nk periksa besar tp setiap ari duk tgk tv jer. Bila nk study nya  kan? Begitu juga untuk periksa yang berikut nya. Jujur saya ckap saya belajar Inggeris melalui TV.

Dan bila dah bekerja, Alhamdulillah saya ditempatkan dikalangan mereka yang langsung x pandai berdialog menggunakan bahasa Melayu. Jadinya kita nk ke taknak terpaksa la jugak bertutur menggunakan bahsa Inggeris. Masa nila hang tok sah peduli grammar hang salah ke btul janji cakap jer. Dorg x paham lantak p lah.. hehe. Sedikit sebanyak saya merasakan penguasaan bahasa Inggeris saya semakin memberangsangkan. At least kami dah boleh buat joke then, it should be fine right..

Nak2 lg sekarang nih. Medium communication semakin advanced I believe people in this world are communicating with each other every time.. so bagi saya bukan la masalah berat jika generasi akan datang masih lemah dalam pemahaman Inggeris mereka.

Itu saja dari saya untuk entry kali nih.. Bye



Love, XOXO


No comments:

Post a Comment